Untuk Semua Pelajar Tahun 2 Biologi.........

Kepada semua pelajar Tahun 2 biologi yang ambik Latihan Industri....
Sem 5 nanti aku nak gambar kau orang masa LI...
Aku nak satu gambar daripada setiap orang aje...
Gambar tu bertemakan anda dan tempat LI anda.....
Nak posing mcm mana....kat mana suka hati hampa tapi berkenaan tempat LI ye....
only 1..... sebab nak upload kat blog DHC.....

ada 8 minggu....usahakanla ye.....sebarkan kat semua.......

Bermulanya LI bagi Pelajar tahun 2 DHC


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Pada 18hb April 2010(bagi yang buat di Kedah,Kelantan dan Terengganu) dan 19hb April 2010 bermulanya Latihan Industri (LI) bagi pelajar tahun 2 DHC yang akan dilaksanakan selama 2 bulan. Matlamat LI adalah bagi melahirkan mahasiswa yang berpengalaman, memahami nilai etika profesional dan memiliki kemahiran asas profesional pekerjaan serta berkebolehan untuk melakukan kerja mengikut bidang masing-masing.

Tempat latihan industri bagi pelajar DHC adalah seperti hospital,pusat penyelidikan dan tempat-tempat yang berkaitan dengan bidang Biologi.

Diharapkan kepada semua pelajar yang akan menjalani LI dapat menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran asas pekerjaan berkaitan dengan bidang biologi.

Bagi pelajar tahun 2 yang ingin berkongsi pengalaman anda di blog ini, anda boleh lah menghantarkan pengalaman anda berserta gambar semasa di tempat LI ke email DHC. Insya_Allah pengalaman anda itu akan dimuatkan ke dalam blog ini sebagai panduan untuk adik-adik biologi pada masa akan datang.

Hantarkan ke alamat email DHC :

Baju Baru DHC Untuk Exam..


Kepada semua ahli DHC tahun 2 yang mengambil peperiksaan pada 8 April 2010, subjek Biokimia, pakai lah baju baru bio kita tu..... Pakai esok ye....

Baju DHC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua ahli kelab..

Untuk pengetahuan anda semua,baju kelab telah pun siap.. Baju ini akan diagihkan kepada wakil tahun masing secepat yang mungkin...Sila berhubung dengan wakil tahun masing-masing untuk proses agihan..sekian terima kasih...

Wakil Tahun 1- Wing
Wakil Tahun 2- Luqman
Wakil Tahun 3- Atiq