TAHNIAH!!!



" Usaha itu tangga kejayaan "

Barangkali semua sudah faham mengapa permulaan entri kali ini meletakkan peribahasa melayu sebagai permula kata. Istimewa buat pelajar jurusan sarjana muda sains biologi merangkap ahli Kelab Double Helix, entri kali ini bertujuan mengucapkan tahniah buat siapa yang berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semester yang lepas. Tahniah usaha anda telah membuahkan hasil, bagi siapa yang tidak mendapat keputusan yang memberansangkan, jangan berputus asa. Kami percaya anda boleh lakukan. Bagi yang muslim sebagai peringatan, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya pulang dengan tangan yang kosong setelah menadah kepadaNya. Namun perlulah disertai dengan DUIT. DOA-USAHA-IKHTIAR-TAWAKAL! Tidak lama lagi semester baru akan bermula jadi, mulakan semester baru ini dengan azam yang baru. Salam ukhwah dari warga Kelab Double Helix kepada anda semua dan isilah waktu cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat.