Penjenamaan Logo DHC ( TERKINI )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli DHC...

Perhatian kepada semua ahli kelab,pihak majlis tertinggi kelab mencadangkan untuk penjenamaan logo baru DHC. Untuk makluman semua, sebelum ini tiada logo yang tetap bagi kelab DHC. Logo ini dapat menjadi lambang untuk kelab kita dan dijadikan logo tetap yang akan digunakan pada banner,baju dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kelab.

Jadi kami membuka penyertaan kepada semua ahli kelab untuk menyumbang idea bagi mereka cipta logo kelab dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:

1) mempunyai replika double helix DNA yang merupakan lambang utama kelab.
replika double helix DNA boleh disearch di internet.Contoh replika double helix DNA:

2) Boleh menggabungkan dengan lambang coral atau lambang lain yang terdapat pada logo UMT.

3) Unik dan ringkas serta dapat menarik orang melihatnya.
4) Boleh disertakan dengan tagline. 

Hantarkan design logo anda ke email DHC: doublehelixclubumt@gmail.com 

SEBELUM 19 SEPTEMBER 2010
PELANCARAN LOGO AKAN DILAKUKAN SEMASA MAJLIS HARI RAYA JABATAN BIOLOGI

contoh-contoh design secara rambang:









0 comments:

Post a Comment