Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DHC 2010


                Bersempena Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, Kelab Double Helix akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Jabatan Sains Biologi Istimewa Bersama Pembimbing Siswa.

Tema sambutan majlis yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat ini ialah "Ukhwah yang Sempurna dan Bermakna". Semua mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, 2 dan 3 bagi kedua-dua program Sains Biologi dan Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) diwajibkan hadir.

Butiran mengenai aturcara majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh : 01 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat : Ruang Legar (Foyer) Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.
Masa : 7.30 malam - 11.30 malam.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan makanan yang lazat menanti semua para adirin. Oleh itu, datanglah beramai-ramai dan memeriahkan majlis ini.......

Program Pemantapan Akademik 2010


Program Pemantapan Akademik 2010

         Program Pemantapan Akademik 2010 merupakan salah satu daripada program yang baru diperkenalkan oleh Kelab Double Helix. Program ini mengetengahkan konsep ' Dari Rakyat Kepada Rakyat' di mana salah sebuah daripada sekolah di negeri Terengganu dipilih sebagai sekolah angkat dimana ahli kelab akan menyalurkan sumbangan berbentuk ilmiah dengan cara menyampai teknik pembelajaran dalam bidang biologi dengan cara yang berkesan kepada pelajar sekolah tersebut. Selain berbakti kepada organisasi luar, ahli kelab dapat menambahkan lagi 'networking relationship' dengan organisasi luar baik kerajaan mahupun swasta supaya pertalian tersebut diharap memberi kesan yang baik di mana pelbagai kerjasama dua hala dapat dirancang kelak. Disamping itu, program ini bertujuan untuk mempromosikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di kalangan masyarakat luar. Aktiviti serampang dua mata ini menjadi tunjang kepada pembaharuan yang dibawa oleh Kelab Double Helix supaya menjadi kelab yang interaktif, akademik dan intra-intersosial. Berikut adalah butiran program:


Program : Program Pemantapan Akademik 2010
Tempat: Sek. Men. Chung Hwa Wei Sin
Tarikh: 30 September 2010
Peserta: 35 Ahli DHC
Pelajar Sekolah: 77 orang



Yang Menjalankan Tugas,







(AHMAD ARIFF AZUAN BIN MUNSHI)
Presiden Kelab Double Helix 10'

Logo-logo yang diterima..


Terima kasih kepada yang menghantar logo...


 LOGO 1
LOGO 2


LOGO 3
 LOGO 4
Sesiapa yang ada membuat logo untuk DHC dan belum menghantarkan logo tersebut ke email DHC,bolehlah menghantarkannya sebelum minggu depan. Pada minggu hadapan, undian terhadap logo-logo akan dijalankan.Terima kasih.



Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

        Setelah meniti bulan keberkatan bulan Ramadhan. Kini tiba Syawal simbolik kepada kemenangan umat islam. Kita diseru untuk bermaaf-maafan, melupakan sengketa dan menjalin hubungan silaturahim.  Sempena hari kemenangan umat islam, warga Ahli Jawatankuasa DHC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat muslimin dan muslimat khususnya kepada warga Jabatan Sains Biologi. Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga yang tercinta...

Just Say NO......

Banyak dugaan yang kita hadapi sebagai pelajar dan insan, dan 'penawar'nya bukannya seperti yang tertera di atas...Banyak diantara kita yang terjerumus dalam kegiatan yang tidak elok ini, oleh itu, renung-renungkanlah mesej ini dan berusaha untuk melawan anasir-anasir ini dengan beribadah dan seumpamanya.. Sesungguhnya jalan ini akan lebih memberi ketenangan jiwa dan akal.......