Program Pemantapan Akademik 2010


Program Pemantapan Akademik 2010

         Program Pemantapan Akademik 2010 merupakan salah satu daripada program yang baru diperkenalkan oleh Kelab Double Helix. Program ini mengetengahkan konsep ' Dari Rakyat Kepada Rakyat' di mana salah sebuah daripada sekolah di negeri Terengganu dipilih sebagai sekolah angkat dimana ahli kelab akan menyalurkan sumbangan berbentuk ilmiah dengan cara menyampai teknik pembelajaran dalam bidang biologi dengan cara yang berkesan kepada pelajar sekolah tersebut. Selain berbakti kepada organisasi luar, ahli kelab dapat menambahkan lagi 'networking relationship' dengan organisasi luar baik kerajaan mahupun swasta supaya pertalian tersebut diharap memberi kesan yang baik di mana pelbagai kerjasama dua hala dapat dirancang kelak. Disamping itu, program ini bertujuan untuk mempromosikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di kalangan masyarakat luar. Aktiviti serampang dua mata ini menjadi tunjang kepada pembaharuan yang dibawa oleh Kelab Double Helix supaya menjadi kelab yang interaktif, akademik dan intra-intersosial. Berikut adalah butiran program:


Program : Program Pemantapan Akademik 2010
Tempat: Sek. Men. Chung Hwa Wei Sin
Tarikh: 30 September 2010
Peserta: 35 Ahli DHC
Pelajar Sekolah: 77 orang



Yang Menjalankan Tugas,







(AHMAD ARIFF AZUAN BIN MUNSHI)
Presiden Kelab Double Helix 10'

0 comments:

Post a Comment