BIO-CAREER (CERAMAH KERJAYA DALAM BIOLOGI)


     Program “BIO TALK” ini diadakan bertujuan bagi memberi penjelasan kepada para pelajar Sarjana Muda Sains ( Sains Biologi ) tentang pejalanan kerjaya mereka selepas mereka bergraduat sama ada menempuhi alam pekerjaan atau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Oleh itu, akan diadakan forum dan soal jawab dalam kalangan para pelajar. Terdapat ‘talk’ yang akan disampaikan oleh pensyarah UMT dan penceramah jemputan.

Bio-Run 10'


BIO-RUN 10'









          Program yang baru diperkenalkan ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada warga Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terengganu mengamalkan cara hidup sihat. Program ini akan dilakukan di sekitar UMT dan laluan merentas desa ini meliputi pelbagai bentuk muka bumi. Antaranya kawasan bertar, berbatu dan kawasan pantai. Terdapat beberapa ‘checkpoint’ telah dirancang dan aktiviti berbentuk akademik turut dilakukan di sepanjang perjalanan. Program dimulakan dengan senamrobik diteruskan dengan aktiviti merentas desa. Program diakhiri dengan  cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.



















Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 7.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Perkarangan FST

Yang Menjalankan Tugas:
AHMAD ARIFF AZUAN BIN MUNSHI
(PRESIDEN KELAB DOUBLE HELIX)

Logo DHC Baru



Bermula pada 1 Oktober 2010 tahun ini, Kelab Double Helix UMT sudah berubah wajah dengan mempunyai logo yang baru. Logo ini dirasmikan pada 1 Oktober 2010, dalam majlis Hari Raya DHC 2010 dengan gemilangnya. Dengan logo baru ini, diharapkan agar semua warga DHC mendapat semangat dan nafas baru untuk memajukan lagi kelab kita dan menjadikan DHC sebagai madah untuk bersosial dan berkerjasama dalam mengadakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang. Bersama kita gemilangkan nama DHC dan kita semua.......