KONVOKESYEN KE-8 UMT


KONVOKESYEN KE-8
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Segulung ucapan Tahniah!!!! warga DHC ucapkan kepada para graduat terutamanya senior-senior DHC yang banyak menyumbang idea dan keringat dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran DHC pada penggal yang lalu. Diharap ilmu yang ditimba selama ini dapat digunakan dan diaplikasikan kepada agama,bangsa dan negara. Sekali lagi segunung ucapan tahniah dari keluarga DHC, moga majlis ini dapat memberi inspirasi dan pembakar semangat kepada adik-adik DHC supaya mencapai kecemerlangan setaraf dengan senior-senior DHC yang bakal mengenggam segulung ijazah hasil usaha titik peluh mereka sendiri.


Tahniah!Tahniah!Tahniah...

Servis Format Laptop DHC

Laptop anda selalu hang?Laptop anda penuh dengan virus-virus yang tidak di ingini?

Jangan kuatir, kini Kelab Double Helix menyediakan servis format laptop kepada semua warga UMT pada harga yang berpatutan dan hasil kerja yang terbaik..Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, silalah hubungi nombor - nombor yang tertera dan kami jamin perkhidmatan ini adalah yang terbaik...Beritahu kami window apa yang anda mahukan..- Win xp dan vista : RM10 Win 7 : RM 15...Msoffice 2007 dan semua software2 lain akan di install secara PERCUMA...

Kepada semua ahli DHC sebar-sebarkan berita baik ini kepada sahabat-sahabat anda.

Orientasi Pelajar Tahun 1 Semester Julai 2010/2011

Pada 16/7/2010 hingga 17/7/2010, pelajar tahun 1 Sains Biologi akan menyertai satu program orientasi anjuran Kelab Double Helix dengan kerjasama Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi,UMT. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar senior dan pelajar junior di samping mendalami kehidupan di UMT sebagai seorang pelajar. Berikut merupakan maklumat sedikit sebanyak mengenai program ini.
Tempat : Sekitar UMT dan Pantai UMT
Masa bermula : 8.00 pagi (16/7/2010)
Masa tamat :2.00 petang (17/7/2010)
Antara aktiviti yang menanti anda: Senamrobik, Ice Breaking, Nightwalk, Latihan dan Persembahan Kebudayaan.

Untuk memeriahkan lagi program ini,pelajar tahun 2 dan tahun 3 dijemput hadir.

What We Can Do With Biology Degree..........


Haa...... Siapa yang rasa degree kite ni susah nak dapat kerja..... anda salah sebenarnya........Degree kite ni banyak cabangnya dan banyak peluangnya, cuma kite yang kena pandai memilih dan mengambil peluang untuk memajukan diri......Oleh itu, haraplah semua pelajar Biologi mengkikis perasaan negatif dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang anda pilih......

TAHNIAH!!!



" Usaha itu tangga kejayaan "

Barangkali semua sudah faham mengapa permulaan entri kali ini meletakkan peribahasa melayu sebagai permula kata. Istimewa buat pelajar jurusan sarjana muda sains biologi merangkap ahli Kelab Double Helix, entri kali ini bertujuan mengucapkan tahniah buat siapa yang berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semester yang lepas. Tahniah usaha anda telah membuahkan hasil, bagi siapa yang tidak mendapat keputusan yang memberansangkan, jangan berputus asa. Kami percaya anda boleh lakukan. Bagi yang muslim sebagai peringatan, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya pulang dengan tangan yang kosong setelah menadah kepadaNya. Namun perlulah disertai dengan DUIT. DOA-USAHA-IKHTIAR-TAWAKAL! Tidak lama lagi semester baru akan bermula jadi, mulakan semester baru ini dengan azam yang baru. Salam ukhwah dari warga Kelab Double Helix kepada anda semua dan isilah waktu cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat.

Untuk Semua Pelajar Tahun 2 Biologi.........

Kepada semua pelajar Tahun 2 biologi yang ambik Latihan Industri....
Sem 5 nanti aku nak gambar kau orang masa LI...
Aku nak satu gambar daripada setiap orang aje...
Gambar tu bertemakan anda dan tempat LI anda.....
Nak posing mcm mana....kat mana suka hati hampa tapi berkenaan tempat LI ye....
only 1..... sebab nak upload kat blog DHC.....

ada 8 minggu....usahakanla ye.....sebarkan kat semua.......

Bermulanya LI bagi Pelajar tahun 2 DHC


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Pada 18hb April 2010(bagi yang buat di Kedah,Kelantan dan Terengganu) dan 19hb April 2010 bermulanya Latihan Industri (LI) bagi pelajar tahun 2 DHC yang akan dilaksanakan selama 2 bulan. Matlamat LI adalah bagi melahirkan mahasiswa yang berpengalaman, memahami nilai etika profesional dan memiliki kemahiran asas profesional pekerjaan serta berkebolehan untuk melakukan kerja mengikut bidang masing-masing.

Tempat latihan industri bagi pelajar DHC adalah seperti hospital,pusat penyelidikan dan tempat-tempat yang berkaitan dengan bidang Biologi.

Diharapkan kepada semua pelajar yang akan menjalani LI dapat menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran asas pekerjaan berkaitan dengan bidang biologi.

Bagi pelajar tahun 2 yang ingin berkongsi pengalaman anda di blog ini, anda boleh lah menghantarkan pengalaman anda berserta gambar semasa di tempat LI ke email DHC. Insya_Allah pengalaman anda itu akan dimuatkan ke dalam blog ini sebagai panduan untuk adik-adik biologi pada masa akan datang.

Hantarkan ke alamat email DHC :

Baju Baru DHC Untuk Exam..


Kepada semua ahli DHC tahun 2 yang mengambil peperiksaan pada 8 April 2010, subjek Biokimia, pakai lah baju baru bio kita tu..... Pakai esok ye....

Baju DHC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua ahli kelab..

Untuk pengetahuan anda semua,baju kelab telah pun siap.. Baju ini akan diagihkan kepada wakil tahun masing secepat yang mungkin...Sila berhubung dengan wakil tahun masing-masing untuk proses agihan..sekian terima kasih...

Wakil Tahun 1- Wing
Wakil Tahun 2- Luqman
Wakil Tahun 3- Atiq



Good luck to All biologist...


Dikesempatan ini,ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli kelab DHC yang akan menduduki "final exam " yang akan bermula pada hari esok. Semoga tenang semasa menjawab soalan. Kita doakan supaya semua ahli kelab kita akan berjaya dengan jayanya..Amin..

p/s: Baca doa dulu sebelum menjawab soalan, baca soalan betul2 sblm mejawab..=)

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Pembukaan Blog DHC


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat Sains Biologi dan warga UMT...

Pembukaan blog DHC ini adalah bertujuan bagi menyiarkan dan memaparkan segala aktiviti yang telah dan bakal dijalankan oleh DHC. Pada masa yang sama, sebagai mahasiswa biologi, molek kiranya kita berkongsi pandang serta info biologi yang bermanfaat kepada kita semua. Blog ini juga diharap dapat menjadi medium ukhwah diantara warga biologi tahun 1,2 dan 3.

Bagi ahli biologi yang mempunyai cadangan dan pandangan mengenai aktiviti kelab atau info menarik berkaitan dengan biologi, bolehlah menghantarkannya didalam bentuk "word" kepada alamat e-mail DHC



"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"


Mega Cakna Rohani DHC 2010


Kelab Double Helix akan mengadakan program Mega Cakna Rohani DHC 2010. Program ini merupakan majlis solat hajat sempena peperiksaan akhir tahun pelajar Sains Biologi. Pengarah Program adalah saudara Ahmad Fakhri Amjad Suarni, pelajar tahun 2 Sains Biologi.

Program ini akan diadakan pada 26 Mac '10 bertempat di surau FASM dan ceramah akan diadakan di DSJ sebelum itu.

Program akan bermula pada pukul 5.00 petang dan dijangka berakhir pada pukul 10.00 malam..
Kehadiran semua umat Muslim & Muslimat amat dialu-alukan... Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan untuk menjawab exam..amin..