BIO-RUN 10'
Program yang baru diperkenalkan ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada warga Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terengganu mengamalkan cara hidup sihat. Program ini akan dilakukan di sekitar UMT dan laluan merentas desa ini meliputi pelbagai bentuk muka bumi. Antaranya kawasan bertar, berbatu dan kawasan pantai. Terdapat beberapa ‘checkpoint’ telah dirancang dan aktiviti berbentuk akademik turut dilakukan di sepanjang perjalanan. Program dimulakan dengan senamrobik diteruskan dengan aktiviti merentas desa. Program diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 7.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Perkarangan FST
0 comments:
Post a Comment