Showing posts with label Final Exam. Show all posts
Showing posts with label Final Exam. Show all posts

TAHNIAH!!!



" Usaha itu tangga kejayaan "

Barangkali semua sudah faham mengapa permulaan entri kali ini meletakkan peribahasa melayu sebagai permula kata. Istimewa buat pelajar jurusan sarjana muda sains biologi merangkap ahli Kelab Double Helix, entri kali ini bertujuan mengucapkan tahniah buat siapa yang berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semester yang lepas. Tahniah usaha anda telah membuahkan hasil, bagi siapa yang tidak mendapat keputusan yang memberansangkan, jangan berputus asa. Kami percaya anda boleh lakukan. Bagi yang muslim sebagai peringatan, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya pulang dengan tangan yang kosong setelah menadah kepadaNya. Namun perlulah disertai dengan DUIT. DOA-USAHA-IKHTIAR-TAWAKAL! Tidak lama lagi semester baru akan bermula jadi, mulakan semester baru ini dengan azam yang baru. Salam ukhwah dari warga Kelab Double Helix kepada anda semua dan isilah waktu cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat.

Good luck to All biologist...


Dikesempatan ini,ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli kelab DHC yang akan menduduki "final exam " yang akan bermula pada hari esok. Semoga tenang semasa menjawab soalan. Kita doakan supaya semua ahli kelab kita akan berjaya dengan jayanya..Amin..

p/s: Baca doa dulu sebelum menjawab soalan, baca soalan betul2 sblm mejawab..=)

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh