Sem 5 nanti aku nak gambar kau orang masa LI...
Aku nak satu gambar daripada setiap orang aje...
Gambar tu bertemakan anda dan tempat LI anda.....
Nak posing mcm mana....kat mana suka hati hampa tapi berkenaan tempat LI ye....
only 1..... sebab nak upload kat blog DHC.....
ada 8 minggu....usahakanla ye.....sebarkan kat semua.......
Tempat latihan industri bagi pelajar DHC adalah seperti hospital,pusat penyelidikan dan tempat-tempat yang berkaitan dengan bidang Biologi.
Diharapkan kepada semua pelajar yang akan menjalani LI dapat menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran asas pekerjaan berkaitan dengan bidang biologi.
Bagi pelajar tahun 2 yang ingin berkongsi pengalaman anda di blog ini, anda boleh lah menghantarkan pengalaman anda berserta gambar semasa di tempat LI ke email DHC. Insya_Allah pengalaman anda itu akan dimuatkan ke dalam blog ini sebagai panduan untuk adik-adik biologi pada masa akan datang.
Hantarkan ke alamat email DHC : doublehelixclubumt@gmail.com
Untuk pengetahuan anda semua,baju kelab telah pun siap.. Baju ini akan diagihkan kepada wakil tahun masing secepat yang mungkin...Sila berhubung dengan wakil tahun masing-masing untuk proses agihan..sekian terima kasih...
Wakil Tahun 1- Wing
Wakil Tahun 2- Luqman
Wakil Tahun 3- Atiq

p/s: Baca doa dulu sebelum menjawab soalan, baca soalan betul2 sblm mejawab..=)
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Pembukaan blog DHC ini adalah bertujuan bagi menyiarkan dan memaparkan segala aktiviti yang telah dan bakal dijalankan oleh DHC. Pada masa yang sama, sebagai mahasiswa biologi, molek kiranya kita berkongsi pandang serta info biologi yang bermanfaat kepada kita semua. Blog ini juga diharap dapat menjadi medium ukhwah diantara warga biologi tahun 1,2 dan 3.
Bagi ahli biologi yang mempunyai cadangan dan pandangan mengenai aktiviti kelab atau info menarik berkaitan dengan biologi, bolehlah menghantarkannya didalam bentuk "word" kepada alamat e-mail DHC
"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

Program ini akan diadakan pada 26 Mac '10 bertempat di surau FASM dan ceramah akan diadakan di DSJ sebelum itu.
Program akan bermula pada pukul 5.00 petang dan dijangka berakhir pada pukul 10.00 malam..
Kehadiran semua umat Muslim & Muslimat amat dialu-alukan... Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan untuk menjawab exam..amin..