BIO-CAREER (CERAMAH KERJAYA DALAM BIOLOGI)


     Program “BIO TALK” ini diadakan bertujuan bagi memberi penjelasan kepada para pelajar Sarjana Muda Sains ( Sains Biologi ) tentang pejalanan kerjaya mereka selepas mereka bergraduat sama ada menempuhi alam pekerjaan atau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Oleh itu, akan diadakan forum dan soal jawab dalam kalangan para pelajar. Terdapat ‘talk’ yang akan disampaikan oleh pensyarah UMT dan penceramah jemputan.

Bio-Run 10'


BIO-RUN 10'









          Program yang baru diperkenalkan ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada warga Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terengganu mengamalkan cara hidup sihat. Program ini akan dilakukan di sekitar UMT dan laluan merentas desa ini meliputi pelbagai bentuk muka bumi. Antaranya kawasan bertar, berbatu dan kawasan pantai. Terdapat beberapa ‘checkpoint’ telah dirancang dan aktiviti berbentuk akademik turut dilakukan di sepanjang perjalanan. Program dimulakan dengan senamrobik diteruskan dengan aktiviti merentas desa. Program diakhiri dengan  cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.



















Tarikh: 29 Oktober 2010
Masa: 7.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Perkarangan FST

Yang Menjalankan Tugas:
AHMAD ARIFF AZUAN BIN MUNSHI
(PRESIDEN KELAB DOUBLE HELIX)

Logo DHC Baru



Bermula pada 1 Oktober 2010 tahun ini, Kelab Double Helix UMT sudah berubah wajah dengan mempunyai logo yang baru. Logo ini dirasmikan pada 1 Oktober 2010, dalam majlis Hari Raya DHC 2010 dengan gemilangnya. Dengan logo baru ini, diharapkan agar semua warga DHC mendapat semangat dan nafas baru untuk memajukan lagi kelab kita dan menjadikan DHC sebagai madah untuk bersosial dan berkerjasama dalam mengadakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang. Bersama kita gemilangkan nama DHC dan kita semua....... 
 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DHC 2010


                Bersempena Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, Kelab Double Helix akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Jabatan Sains Biologi Istimewa Bersama Pembimbing Siswa.

Tema sambutan majlis yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat ini ialah "Ukhwah yang Sempurna dan Bermakna". Semua mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, 2 dan 3 bagi kedua-dua program Sains Biologi dan Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) diwajibkan hadir.

Butiran mengenai aturcara majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh : 01 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat : Ruang Legar (Foyer) Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.
Masa : 7.30 malam - 11.30 malam.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan makanan yang lazat menanti semua para adirin. Oleh itu, datanglah beramai-ramai dan memeriahkan majlis ini.......

Program Pemantapan Akademik 2010


Program Pemantapan Akademik 2010

         Program Pemantapan Akademik 2010 merupakan salah satu daripada program yang baru diperkenalkan oleh Kelab Double Helix. Program ini mengetengahkan konsep ' Dari Rakyat Kepada Rakyat' di mana salah sebuah daripada sekolah di negeri Terengganu dipilih sebagai sekolah angkat dimana ahli kelab akan menyalurkan sumbangan berbentuk ilmiah dengan cara menyampai teknik pembelajaran dalam bidang biologi dengan cara yang berkesan kepada pelajar sekolah tersebut. Selain berbakti kepada organisasi luar, ahli kelab dapat menambahkan lagi 'networking relationship' dengan organisasi luar baik kerajaan mahupun swasta supaya pertalian tersebut diharap memberi kesan yang baik di mana pelbagai kerjasama dua hala dapat dirancang kelak. Disamping itu, program ini bertujuan untuk mempromosikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di kalangan masyarakat luar. Aktiviti serampang dua mata ini menjadi tunjang kepada pembaharuan yang dibawa oleh Kelab Double Helix supaya menjadi kelab yang interaktif, akademik dan intra-intersosial. Berikut adalah butiran program:


Program : Program Pemantapan Akademik 2010
Tempat: Sek. Men. Chung Hwa Wei Sin
Tarikh: 30 September 2010
Peserta: 35 Ahli DHC
Pelajar Sekolah: 77 orang



Yang Menjalankan Tugas,







(AHMAD ARIFF AZUAN BIN MUNSHI)
Presiden Kelab Double Helix 10'

Logo-logo yang diterima..


Terima kasih kepada yang menghantar logo...


 LOGO 1
LOGO 2


LOGO 3
 LOGO 4
Sesiapa yang ada membuat logo untuk DHC dan belum menghantarkan logo tersebut ke email DHC,bolehlah menghantarkannya sebelum minggu depan. Pada minggu hadapan, undian terhadap logo-logo akan dijalankan.Terima kasih.



Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

        Setelah meniti bulan keberkatan bulan Ramadhan. Kini tiba Syawal simbolik kepada kemenangan umat islam. Kita diseru untuk bermaaf-maafan, melupakan sengketa dan menjalin hubungan silaturahim.  Sempena hari kemenangan umat islam, warga Ahli Jawatankuasa DHC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat muslimin dan muslimat khususnya kepada warga Jabatan Sains Biologi. Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga yang tercinta...

Just Say NO......

Banyak dugaan yang kita hadapi sebagai pelajar dan insan, dan 'penawar'nya bukannya seperti yang tertera di atas...Banyak diantara kita yang terjerumus dalam kegiatan yang tidak elok ini, oleh itu, renung-renungkanlah mesej ini dan berusaha untuk melawan anasir-anasir ini dengan beribadah dan seumpamanya.. Sesungguhnya jalan ini akan lebih memberi ketenangan jiwa dan akal.......

Mega Cakna Ramadhan


Mega Cakna Ramadhan (MCR)

Tempat : Kem Telaga Batin
Tarikh : 27 - 28 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari 
Bayaran : RM 11.00
Penyertaan : Pelajar Sarjana Muda Sains Biologi Tahun 1,2 & 3

Objektif:
Menyemarakkan semangat Ramadhan di kalangan pelajar

Tentatif Utama :
* Menyediakan makanan berbuka bersama-sama
* Solat Terawih
* Tayangan Video
*Qiamullail
*Refleksi Kalbu

Marilah berikan sedikit masa untuk diri sendiri. 
Manjakan diri anda dengan santapan rohani di bulan Ramadhan.
Semoga kehadiran saudara saudari diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.






Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan....


Tahun berganti tahun...bulan berganti bulan...kini tiba masa kita bertemu kembali dengan bulan paling dirahmati...bulan Ramadhan yang menyimpan seribu erti...seribu penghayatan yang pasti akan memberi makna dalam membentuk pegangan yang lebih utuh sebagai hambanya....Keluarga DHC mengucapkan Selamat Berpuasa dan beramal buat semua muslimin dan muslimat...Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi impak yang lebih mendalam bagi setiap individu seterusnya mengubah kita menjadi insan yang lebih berguna kelak..insyaallah...

Penjenamaan Logo DHC ( TERKINI )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli DHC...

Perhatian kepada semua ahli kelab,pihak majlis tertinggi kelab mencadangkan untuk penjenamaan logo baru DHC. Untuk makluman semua, sebelum ini tiada logo yang tetap bagi kelab DHC. Logo ini dapat menjadi lambang untuk kelab kita dan dijadikan logo tetap yang akan digunakan pada banner,baju dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kelab.

Jadi kami membuka penyertaan kepada semua ahli kelab untuk menyumbang idea bagi mereka cipta logo kelab dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:

1) mempunyai replika double helix DNA yang merupakan lambang utama kelab.
replika double helix DNA boleh disearch di internet.Contoh replika double helix DNA:

2) Boleh menggabungkan dengan lambang coral atau lambang lain yang terdapat pada logo UMT.

3) Unik dan ringkas serta dapat menarik orang melihatnya.
4) Boleh disertakan dengan tagline. 

Hantarkan design logo anda ke email DHC: doublehelixclubumt@gmail.com 

SEBELUM 19 SEPTEMBER 2010
PELANCARAN LOGO AKAN DILAKUKAN SEMASA MAJLIS HARI RAYA JABATAN BIOLOGI

contoh-contoh design secara rambang:









Kepada semua warga DHC Tahun 3, anda semua dijemput untuk ke Majlis BBQ yang akan diadakan dekat pantai INOS ( tempat makan durian dulu ). Kite akan bersama sama bakar ayam dan kentang dan akan bermula pada pukul 2 hingga 7. Tiada yuran dikenakan jadi dtangla ramai ramai meriahkan majlis ini........Ini hasil usaha kita semua, jadi rugila kalau tak datang......Jumpa di sana......

KONVOKESYEN KE-8 UMT


KONVOKESYEN KE-8
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Segulung ucapan Tahniah!!!! warga DHC ucapkan kepada para graduat terutamanya senior-senior DHC yang banyak menyumbang idea dan keringat dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran DHC pada penggal yang lalu. Diharap ilmu yang ditimba selama ini dapat digunakan dan diaplikasikan kepada agama,bangsa dan negara. Sekali lagi segunung ucapan tahniah dari keluarga DHC, moga majlis ini dapat memberi inspirasi dan pembakar semangat kepada adik-adik DHC supaya mencapai kecemerlangan setaraf dengan senior-senior DHC yang bakal mengenggam segulung ijazah hasil usaha titik peluh mereka sendiri.


Tahniah!Tahniah!Tahniah...

Servis Format Laptop DHC

Laptop anda selalu hang?Laptop anda penuh dengan virus-virus yang tidak di ingini?

Jangan kuatir, kini Kelab Double Helix menyediakan servis format laptop kepada semua warga UMT pada harga yang berpatutan dan hasil kerja yang terbaik..Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, silalah hubungi nombor - nombor yang tertera dan kami jamin perkhidmatan ini adalah yang terbaik...Beritahu kami window apa yang anda mahukan..- Win xp dan vista : RM10 Win 7 : RM 15...Msoffice 2007 dan semua software2 lain akan di install secara PERCUMA...

Kepada semua ahli DHC sebar-sebarkan berita baik ini kepada sahabat-sahabat anda.

Orientasi Pelajar Tahun 1 Semester Julai 2010/2011

Pada 16/7/2010 hingga 17/7/2010, pelajar tahun 1 Sains Biologi akan menyertai satu program orientasi anjuran Kelab Double Helix dengan kerjasama Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi,UMT. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar senior dan pelajar junior di samping mendalami kehidupan di UMT sebagai seorang pelajar. Berikut merupakan maklumat sedikit sebanyak mengenai program ini.
Tempat : Sekitar UMT dan Pantai UMT
Masa bermula : 8.00 pagi (16/7/2010)
Masa tamat :2.00 petang (17/7/2010)
Antara aktiviti yang menanti anda: Senamrobik, Ice Breaking, Nightwalk, Latihan dan Persembahan Kebudayaan.

Untuk memeriahkan lagi program ini,pelajar tahun 2 dan tahun 3 dijemput hadir.

What We Can Do With Biology Degree..........


Haa...... Siapa yang rasa degree kite ni susah nak dapat kerja..... anda salah sebenarnya........Degree kite ni banyak cabangnya dan banyak peluangnya, cuma kite yang kena pandai memilih dan mengambil peluang untuk memajukan diri......Oleh itu, haraplah semua pelajar Biologi mengkikis perasaan negatif dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang anda pilih......